1.1.12

Debar Tahun Baru

Debar sedar
akan tahun baharu yang bertandang
tiadalah sama
dengan debar sedar
akan segala salah dan silapku sebagai pedagang
di bumi-Mu yang terbentang.

Dalam debar sedar
meninggalkan tahun yang dahulu
dan meniti tahun yang baharu
kupohon maghfirah-Mu
atas segala nanar dan sasarnya daku
seraya kupohon rahmat-Mu
akan tuntunan ke jalan nan lurus.

Semoga segala gerak hati
dan segala gerak jasmani
tetap dalam naungan taufik-Mu
tetap dalam kalungan redha-Mu.

31 Disember 2011,Jitra.

1 comments:

  1. uiks..shoutmix dah expired.. jom tukar pakai cbox..

    BalasPadam

Setiap entri adalah pandangan peribadi penulis. Sebarang maklumbalas, segera hubungi penulis di emel cikgupaq@yahoo.com.